|
CORETAN MAMA BUAT ARWAH ATUK AND ARWAH WAN - Khas untuk insan yang bergelar – Abah…
Friday, March 28, 2014 | 3/28/2014 01:00:00 AM | 0 Dancing Queen and Prince Says
Abah…
Insan yang tegas,, penyayang,, kuat bekerja dan serius dalam
setiap pekerjaannya.. Masih aku ingat setiap kali nasihat dan kata-kata abah
membuat aku dan adik-beradikku semua takut untuk membuat kesalahan..
Abah…
Walaupun abah tegas tapi abah dapat menjalankan
tanggungjawab abah sebagai ketua dan bapa dalam keluarga kami.. Sesekali aku merindui kata nasihat abah pada aku.. Aku
tahu abah tahu masalah aku dan yang lain-lain kerana abah lebih dahulu makan
garam dari kami..
Abah…
Kami merindui abah dan emak .. Setelah abah “pergi” bertemu
penciptanya,, kami semua hilang tempat bermanja dan mengadu.. Setelah emak “pergi”
21 tahun lalu.. Abah pula menyusuli emak pada tarikh lahir abang ngah.. Sungguh
sedih aku melihat wajah abang ngah termagu,, sedih,, pilu ketika pulang dari
tempat kerja apabila abang ngah mendapat tahu abah dah “pergi” meninggalkannya
pada tarikh lahirnya dan dia menganggap itu adalah hadiah hari lahirnya dari
orang tersayang iaitu abah..
Abah..
Terima kasih abah kerana membesarkan aku dan yang lain-lain
dengan titipan ilmu agama.. Tapi aku seakan gagal untuk mendidik anak-anak aku
seperti abah mendidik kami semua..
Mungkin ini lah nasib dan dugaan aku dalam hidup ini..
-Terima kasih juga abah.. Kerana aku dapat menjaga abah
ketika abah terlantar sakit selama seminggu
di rumah kita..
-Terima kasih juga abah.. Kerana memberi sedikit peluang
untuk aku membalas jasa dan pengorbanan abah pada aku sedari kecil hingga aku
dewasa..
Abah..
Pengorbanan abah,, jasa abah dan didikan abah amat aku
hargai.. Semoga Allah tempatkan abah disisi orang yang beriman dan semoga Allah
pertemukan abah bersama emak disana ditempat orang-orang mukmin.. AMIN…
|